Platform kewangan yang selamat dan patuh syariah. Harga kompetitif mengikut pasaran semasa, proses cepat dalam 24 jam.



Dua perkhidmatan utama dengan harga kompetitif dan proses pantas
Kami menerima emas terpakai dalam pelbagai bentuk dengan harga mengikut pasaran semasa.
Proses pembelian surat pajak gadai yang cepat, selamat dan mematuhi undang-undang.
Proses mudah dan pantas dalam 4 langkah sahaja
Gunakan kalkulator untuk semak anggaran harga emas atau surat pajak
Daftar akaun dengan maklumat lengkap dan dokumen pengenalan
Staff kami akan semak dan sahkan permohonan anda dengan teliti
Wang akan dikreditkan terus ke akaun bank anda dengan selamat
KOHICRI (Koperasi Hicri Terengganu Berhad) menyediakan platform yang telus dan selamat untuk pembelian emas fizikal serta urusan jual beli surat pajak emas (Ar-Rahnu).
Melalui sistem KOHICRI, pelanggan dapat mengetahui nilai sebenar emas dan baki tunai yang layak diterima secara cepat, tepat dan berasaskan harga pasaran semasa.
Kami memahami keperluan masyarakat hari ini yang mahukan kemudahan, ketelusan dan kepatuhan Syariah dalam setiap urusan berkaitan emas.
Ribuan pelanggan telah mempercayai KOHICRI untuk urusan emas mereka
“Proses sangat mudah dan pantas. Harga yang ditawarkan juga lebih baik berbanding kedai emas biasa. Sangat berpuas hati!”
“Saya jual surat pajak yang hampir tamat tempoh. KOHICRI beri harga yang adil dan wang masuk dalam 24 jam. Terima kasih!”
“Staff sangat professional dan mesra. Mereka terangkan semua proses dengan jelas. Recommended untuk semua!”
“Pertama kali guna servis macam ni. Sangat telus dan ikut harga pasaran. Tak ada caj tersembunyi.”
Sertai ribuan pelanggan yang berpuas hati
Hubungi Kami SekarangJawapan kepada soalan yang sering ditanya oleh pelanggan kami
Kami menerima semua jenis emas terpakai termasuk barang kemas (rantai, gelang, cincin, anting-anting), jongkong emas, dan syiling emas. Kami menerima emas dengan ketulenan 916 (22K), 750 (18K), dan 585 (14K).
Anda boleh menggunakan Kalkulator Harga di laman web kami untuk mendapatkan anggaran harga. Masukkan berat emas dan jenis ketulenan untuk melihat nilai semasa. Harga sebenar akan ditentukan selepas penilaian oleh pakar kami.
Setelah permohonan disahkan oleh staff kami, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam masa 24 jam bekerja. Kami menggunakan pemindahan bank (FPX/IBG) untuk pembayaran yang selamat dan pantas.
Surat pajak (Ar-Rahnu) adalah dokumen yang menunjukkan anda telah menggadaikan emas di institusi kewangan Islam. Ya, anda boleh menjual hak surat pajak ini kepada KOHICRI. Kami akan menilai nilai emas dan baki pinjaman untuk menentukan nilai tunai yang anda layak terima.
Ya, semua urusan KOHICRI adalah patuh Syariah. Kami adalah koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan beroperasi mengikut prinsip muamalat Islam.
Untuk pembelian emas: Kad Pengenalan (MyKad) dan maklumat akaun bank. Untuk surat pajak: Surat pajak asal, Kad Pengenalan, dan maklumat akaun bank. Semua dokumen akan disahkan oleh staff kami.
Ya, keselamatan adalah keutamaan kami. Laman web kami dilindungi dengan SSL encryption. Semua transaksi direkodkan dan anda akan menerima resit digital. Kami juga berdaftar dengan pihak berkuasa berkaitan.
Ya, anda boleh membatalkan permohonan pada bila-bila masa sebelum pengesahan akhir oleh staff kami. Setelah pembayaran diproses, transaksi tidak boleh dibatalkan.
Kami sedia membantu anda. Hubungi kami melalui mana-mana saluran di bawah.
* Perkhidmatan dalam talian tersedia 24/7. Pemprosesan dilakukan pada waktu operasi.